Drama Kisah Yang Hilang (2017) TV3


Saksikan drama Kisah Yang Hilang di slot Seramedi TV3. Membariskan pelakon seperti Izzue Islam, Eyka Farhana, Epy Kodiang, Aizat Hassan, dan Wan Gegau. Drama terbitan MIG Productions Sdn Bhd dibawah arahan Mohd Azaromi Ghozali.

Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 26 Disember 2017, , Isnin-Rabu 10.00 malam
Jumlah Episod: 20
Status: Tamat
Tonton

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
FATAH AQIL, seorang penulis novel yang terkenal di Malaysia. Setiap novelnya menjadi ikutan pembaca. Dia suka menulis novel bergenre romantik dan aksi. Beberapa buah karyanya juga sudah diangkat untuk menjadi filem oleh penerbit-penerbit terkenal di Malaysia.

Pada suatu hari, Aqil menghadiri sebuah malam pratonton filem seram dan sejak itu, dia mempunyai keinginan untuk menulis sebuah novel bergenre seram. Namun begitu, dia ketandusan idea dan dia tidak mahu menulis kisah seram yang sudah biasa didengari oleh orang ramai. Kawan baiknya, BAIHAQI menyarankan Aqil supaya pergi ke mana saja untuk mendapatkan inspirasi.

Aqil mula membuat kajian tentang beberapa tempat sehingga dia menjumpai sebuah kampung terpencil melalui laman sosial iaitu kampung Apa-Apapun Boleh Jadi. Aqil mula membuat persiapan untuk ke kampung tersebut. Oleh kerana dia tidak mempunyai sebarang kenalan yang boleh dihubungi di kampung tersebut, Aqil mengambil keputusan untuk meredah saja kampung tersebut.



Write your comments here!