Mentor Otai (2018) TV3

Mentor kembali untuk mengetengahkan bakat-bakat protege Otai pula! Antara protege Misha Omar, Siti Sarah, Zarul, dan Tam, siapakah yang paling Otai dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000?

Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 18 Mac (Setiap Ahad 9 malam)
Jumlah Episod: 7
Status: Terkini – Episod 6

Tonton

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10

Info Rancangan
Program pertandingan nyanyian, Mentor Otai bakal menampilkan artis terkenal iaitu Misha Omar, Tam Spider, Siti Sarah, dan Zarul Husin sebagai mentor kepada lapan orang protege yang akan dipilih pada konsert pengenalan yang akan berlangsung pada Ahad ini, 18 Mac pukul 9 malam. Setiap mentor akan memilih dua protege setiap seorang untuk bertanding dalam program realiti berkenaan yang bakal berlangsung selama tujuh minggu.

Bakal protege kepada Misha Omar ialah Elvira, Wan Azran dan Bob. Untuk Tam Protege, bakal protegenya ialah Kamarul, Irwan dan Izwan. Sementara itu, bakal protege kepada Siti Sarah ialah Sairi, Alina, Zanie. Tidak ketinggalan, bakal protege kepada Zarul Husin ialah Aznie, Lokman, Fakhiz.

Kesemua protege yang terpilih akan membuat persembahan pada setiap minggu dan akan diadili oleh juri tetap yang akan memberikan markah sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan markah, manakala 20 peratus markah daripada juri awam, dan 30 peratus undi adalah berdasarkan undian atas talian melalui portal www.xtra.com.my/mentorotai. Mentor Otai kali ini menampilkan Mark Adam dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap. Tugas selaku pengarah muzik pula dipegang oleh Faizal Uzir atau Lok U.

Saksikan Mentor Otai yang akan dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Dihoskan oleh Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein. Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, tempat kedua RM50,000 manakala tempat ketiga RM20,000.



Write your comments here!