Bila Aidil Ada Fitri (2018) Maya HD

Bila Aidil Ada Fitri (2018)Saksikan drama berjudul ‘Bila Aidil Ada Fitri’ adaptasi daripada novel ‘Raya = Aidil + Fitri’ karya Yumi Hyra. Menampilkan gandingan Ungku Ismail Aziz dan Siti Saleha sebagai teraju utama. Drama romantik kemodi ini diarahkan oleh Osman Ali.

Tayangan: Astro Oasis & Maya HD
Siaran: Mulai 14 Mei 2018, Isnin-Rabu, 9 malam
Jumlah Episod: 20
Status: Terkini – Episod 1

Episodes

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

WATAK PELAKONĀ 
Ungku Ismail Aziz sebagai Aidil Harith
Siti Saleha sebagai Fitri Syafia
Fikhree Bakar sebagai Amar
Talha Harith sebagai Qarizh
Zaki Azeman sebagai Fikri Imtiaz Firdaus

SINOPSIS BILA AIDIL ADA FITRI
“She is loveable.” – Datin Mariam

Loveablelah sangat! Hanya Fitri Syafia saja yang berani mengunci tuan rumah di luar rumah dalam keadaan separuh bogel. Siapa yang tak bengang? Aidil Harith memang bengang, tapi pertemuan yang tak dijangka antara Fitri Syafia dengan Aidil Harith membuatkan hari-hari yang mendatang meriah seperti suasana Hari Raya Aidilfitri! Permintaan Datin Mariam yang merupakan mom Aidil untuk menjadikan Fitri sebagai PA selama sebulan menambahkan lagi perisa kepada hubungan ceria kedua-duanya.

“Encik Aidil yang tak adil! Muka ketat macam cicak tersepit di celah pintu!” – Fitri

Ada ke patut samakan muka kacak Aidil dengan cicak? Fitri ni memang suka buat hati Aidil huru-hara!

“Budak kecik! Mulut macam popcorn!” – Aidil

Fitri tak kisah, sebab memang mulut dia macam tu. Dia boleh tersengih dan lagi seronok menyakat Aidil. Dah macam hobi, tapi kalau sekali Aidil senyum, terus Fitri lemah lutut.

“Aidil, Fitri… macam hari raya Aidilfitri. Tak ada korang, tak rayalah.” – Ayman

Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?



Write your comments here!