Ti Amo Sweetheart 100 Hari (2018)

Ti Amo Sweetheart 100 Hari (2018)Saksikan drama adaptasi novel Ti Amo Sweetheart 100 Hari karya Suri Ryana di Astro Ria. Menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Neelofa. Diarahkan oleh Michael Ang.

Tayangan: Astro Ria & Raya HD
Siaran : Mulai 15 Jun 2018, Jumaat-Selasa 7.00 malam
Jumlah Episod: 5
Status: Terkini – Episod 1

Episodes

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Isaac Iskandar
Neelofa sebagai Malissa
Nur Qistina Raisah sebagai Dina
Scha Alyahya sebagai Rania

SINOPSIS TI AMO SWEETHERT 100 HARI
Satu penipuan, satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya Iskandar setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?

Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”



Write your comments here!